Nak cari hadiah tuk yg tersayang??? Klik sini!!

Monday 23 May 2011

Kedai Meatball IKEA disamak???

Hallu..hallu..dah lama menyepi sejak aku sibuk wat persiapan tuk konvokesyen aku baru2 ni..hehe..Terlalu byk menda nak disettlekan lorr..turun naik uitm..Dari menapak ke tangga PTAR tuk byr denda pinjam buku, sampailah ke hari beratur secara berjemaah tuk ambik jubah konvo..huhu..terlalu memenatkan!! So, dek kerana terlalu lama menyepi, arini nk kasik korg satu entri best punyer...terbaekk dari ladang.. hehe..
Kalo x silap aku, 2 atau 3 bulan yg lalu aku pernah update status FB aku psl kesahihan status HALAL meatball IKEA...Byk juga feedback yg aku terima..ramai yg mengatakan menda alah tu x halal, x kurang juga yg memg kompem menda tu halal..akhirnya, aku buat kesimpulan sendiri, kalo rasa halal..makanla sepuas2 hati korg...TAPI kalo rasa was-was..minta dijauhkan..haram hukumnya kalo dimakan juga..[aku jarang mkn menda tu..tp, pernah la cuba sekali kottt..huhu!!]

Tgh syok2 usha wall FB aku, sekali mata aku terpandang seorg hamba Allah da post satu menda yg menjadi kemusykilan aku selama ni..ahaaa~ pasal status halal meatball IKEA tu la...aduhhh...tersentap aku bile tgk pic yg hamba Allah ni attached kt wall pic dia...meatball IKEA tu sememangnye TIDAK HALAL kerana ade campuran babi!!! O.M.G!!!!

KORANG TAK PERCAYA????

Nah....

tgk pic bwh ni.....
(kalo x cukup besar pic ni, sila klik tuk enlarge ye!!)



Ini apa yg tertulis dalam gambor kt atas ni....

PENGUMUMAN!!
Penutupan Sementara Restoran, Kafe & Kedai Khas Makanan Sweeden

Pihak pengurusan IKEA Retail Malaysia ingin mengumumkan kepada semua pelanggan bahawa syarikat ini akan menutup Restoran IKEA, Kafe & Kedai Khas Makanan Sweeden buat sementara waktu untuk urusan yang berikut :

Sebagai langkah berjaga-jaga dan secara sukarela ,pekerja-pekerja IKEA dengan pemantauan wakil masjid berdekatan akan menjalankan proses 'samak'/penyucian ke atas keseluruhan perkakas dan peralatan perkhidmatan makanan. Ini bertujuan untuk menjaga kepentingan pelanggan dan pekerja kami tentang keraguan yang timbul atas pengesahan sijil halal daripada salah satu pembekal kami.

Pihak IKEA akan memberi kerjasama berterusan serta mendapatkan nasihat daripada pihak yang berkaitan untuk mempercepatkan urusan ini.Ini akan membolehkan perniagaan makanan kami yang terlibat dibuka semula secepat yang mungkin.

Pihak IKEA menghargai dan menghormati kesetiaan dan komitmen daripada setiap pelanggan dan pekerja kami dengan mengambilkira sensitiviti rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini, dan kami tidak akan berkompromi terhadap kepentingan agama semua pihak.

Sebarang kesulitan yang timbul disebabkan penutupan sementara ini amat dikesali.Oleh itu , sokongan dan kesabaran pelanggan dan pekerja kami diperlukan untuk memberikan kerjasama dalam penutupan sementara ini.

-Terima Kasih -


Amacam...Masih ade yg selera nak makan meatball IKEA lagi???

P/S : Mohon korang share info ni ngn kawan2 ye!!

1 comment:

  1. Hi, I came across your site and wasn’t able to get an email address to contact you. Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back and we'll talk about it.

    Thanks!

    Hailey William
    haileyxhailey@gmail.com

    ReplyDelete

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...